Friday, April 18, 2008

penyediaan sup dhab di arab






APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Tuesday, April 15, 2008

> > > Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang
> > > dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala
> > > akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran
> > > masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah
> > > ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan
> > > berjaya.
> > >
> > >
> > > 1. Cuit-cuit
> > > Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat
> > > si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa
> > > sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara
> > > ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum
> > > cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian
> > > fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan
> > > apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk
> > > menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka.
> > > Bukankah naya namanya.
> > >
> > > 2. Kenyit-kenyit.
> > > Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu
> > > pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak
> > > mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat
> > > dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini.
> > > Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.
> > >
> > > 3. Ops, maaf terpegang.
> > > Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan
> > > barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil
> > > angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu,
> > > pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak
> > > sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan
> > > melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
> > >
> > > 4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
> > > Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi
> > > sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada
> > > di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika
> > > tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa
> > > mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar
> > > sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda
> > > seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih
> > > menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah
> > > macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada
> > > 'ummphhh!'.
> > >
> > > 5. Tersentuh tangan.
> > > Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan
> > > tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti
> > > anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan
> > > cara ini.
> > >
> > > 6. Urut mengurut.
> > > Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan
> > > pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja.
> > > Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa
> > > berbual-bual.
> > >
> > > 7. Usik melalui telefon.
> > > Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan
> > > menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan
> > > seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu,
> > > usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke
> > > kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda
> > > perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah
> > > kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima.
> > > Silap gaya, anda pula dimarahinya.
> > >
> > > 8. Suapkan makanan.
> > > Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali
> > > sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa
> > > makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi,
> > > suapkanlah si dia. Barulah mesra.
> > >
> > > 9. Betul-betulkan rambut.
> > > Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri
> > > sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil
> > > kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup
> > > matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut.
> > > Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,
> > > romantiknya.
> > >
> > > 10. Jalan macam itik pulang petang.
> > > Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si
> > > dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut
> > > dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
> > >
> > > 11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
> > > Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk
> > > diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda
> > > bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah
> > > pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda
> > > berdua sahaja berada di dalam kereta.
> > >
> > > 12. Ops… tuala terlepas
> > > Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju
> > > selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam
> > > tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak
> > > matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak
> > > sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….
> > >
> > > 13. Jeling-jeling
> > > Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang
> > > sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit
> > > kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata
> > > anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia
> > > sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti
> > > konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah
> > > beralih pula pada anda.
> > >
> > > 14. Gesel-gesel
> > > Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk
> > > bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi
> > > rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan
> > > kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk
> > > hubungan seterusnya…
> > >
> > > 15. Cubit-cubit
> > > Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula
> > > melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit.
> > > Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak
> > > bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya
> > > jadinya.
> > >
> > > 16. Hembusan lembut pada telinga.
> > > Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang
> > > dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia,
> > > hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap.
> > > Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah
> > > dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda
> > > terasa dirinya lebih disayangi.
> > >
> > > 17. Ciuman di dahi
> > > Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa
> > > tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi,
> > > buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
> > >
> > > 18. Sembur wangian pada bilik.
> > > Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah
> > > keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan
> > > wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke
> > > rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah
> > > untuk ke adegan yang seterusnya.
> > >
> > > 19. Tolong betulkan baju
> > > Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang
> > > paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang.
> > > Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi
> > > yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat
> > > sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan
> > > pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan
> > > bahagia.
> > >
> > > 20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
> > > Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti
> > > senyum lebar si dia.
> > >
> > > Selamat berumahtangga.... :-)