Wednesday, August 6, 2008
Why did the chicken cross the road?
Sammy Vellu:
kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll....itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup..kita bole survey mana ada rosak.
Karam Singh Walia(TV3):
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, bak kata pepatah; Ayam di jalan di lintaskan, Ayam di reban mati tak makan.
Wan Kamarudin(Edisi Siasat NTV7):
Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saje.Ayam semua dah besar kepala,..dan dah tak nak duduk reban...dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!
Zainal Ariffin Ismail(TV3 Kisah Misteri):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri........."
Zainal Alam Kadir(Wayang Kita Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita..."
Dan Brown (Da Vinci's code author):
The chicken used to a member of a secret society Poultry of Sion. The Opus Dei chickens are on its back because of the missing parshments of Les Dossiers Secrets. And they(Opus Dei)are known for their 'corporal mortification' practice.
Consultant:
Deregulation of the chicken's side of the road was threatening its dominant market position. The chicken was faced with significant challenges to create and develop the competences required for the newly competitive market. Andersen, in a partnering relationship with the client, helped the chicken by rethinking its physical distribution strategy and implementation processes. Using the Poultry Integration Model (PIM), Andersen helped the chicken use its skills, methodologies, knowledge, capital and experiences to align the chicken people, processes and technology in support of its overall strategy within a Program Management framework.
Computer Programmer:
In order for the chicken to cross the road safely they would need more than one driver to access the server farm, if not they will hang in the middle of the road.
Friday, April 18, 2008
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Tuesday, April 15, 2008
> > > dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala
> > > akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran
> > > masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah
> > > ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan
> > > berjaya.
> > >
> > >
> > > 1. Cuit-cuit
> > > Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat
> > > si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa
> > > sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara
> > > ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum
> > > cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian
> > > fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan
> > > apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk
> > > menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka.
> > > Bukankah naya namanya.
> > >
> > > 2. Kenyit-kenyit.
> > > Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu
> > > pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak
> > > mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat
> > > dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini.
> > > Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.
> > >
> > > 3. Ops, maaf terpegang.
> > > Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan
> > > barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil
> > > angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu,
> > > pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak
> > > sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan
> > > melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
> > >
> > > 4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
> > > Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi
> > > sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada
> > > di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika
> > > tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa
> > > mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar
> > > sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda
> > > seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih
> > > menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah
> > > macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada
> > > 'ummphhh!'.
> > >
> > > 5. Tersentuh tangan.
> > > Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan
> > > tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti
> > > anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan
> > > cara ini.
> > >
> > > 6. Urut mengurut.
> > > Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan
> > > pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja.
> > > Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa
> > > berbual-bual.
> > >
> > > 7. Usik melalui telefon.
> > > Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan
> > > menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan
> > > seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu,
> > > usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke
> > > kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda
> > > perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah
> > > kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima.
> > > Silap gaya, anda pula dimarahinya.
> > >
> > > 8. Suapkan makanan.
> > > Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali
> > > sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa
> > > makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi,
> > > suapkanlah si dia. Barulah mesra.
> > >
> > > 9. Betul-betulkan rambut.
> > > Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri
> > > sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil
> > > kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup
> > > matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut.
> > > Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,
> > > romantiknya.
> > >
> > > 10. Jalan macam itik pulang petang.
> > > Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si
> > > dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut
> > > dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
> > >
> > > 11. Nak masukkan gearĂ¢€¦ops, terpegang tangan.
> > > Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk
> > > diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda
> > > bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah
> > > pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda
> > > berdua sahaja berada di dalam kereta.
> > >
> > > 12. OpsĂ¢€¦ tuala terlepas
> > > Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju
> > > selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam
> > > tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak
> > > matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak
> > > sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada andaĂ¢€¦.
> > >
> > > 13. Jeling-jeling
> > > Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang
> > > sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit
> > > kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata
> > > anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia
> > > sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti
> > > konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah
> > > beralih pula pada anda.
> > >
> > > 14. Gesel-gesel
> > > Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk
> > > bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi
> > > rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan
> > > kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk
> > > hubungan seterusnyaĂ¢€¦
> > >
> > > 15. Cubit-cubit
> > > Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula
> > > melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit.
> > > Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak
> > > bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya
> > > jadinya.
> > >
> > > 16. Hembusan lembut pada telinga.
> > > Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang
> > > dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia,
> > > hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap.
> > > Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah
> > > dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda
> > > terasa dirinya lebih disayangi.
> > >
> > > 17. Ciuman di dahi
> > > Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa
> > > tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi,
> > > buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
> > >
> > > 18. Sembur wangian pada bilik.
> > > Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah
> > > keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan
> > > wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke
> > > rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah
> > > untuk ke adegan yang seterusnya.
> > >
> > > 19. Tolong betulkan baju
> > > Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang
> > > paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang.
> > > Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi
> > > yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat
> > > sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan
> > > pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan
> > > bahagia.
> > >
> > > 20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
> > > Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti
> > > senyum lebar si dia.
> > >
> > > Selamat berumahtangga.... :-)
Tuesday, February 5, 2008
lawak dikala kebosanan...
Isteri sakit jantung?
"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sa kit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,
"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,
"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sa kit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"
Don ' t worry, I got a lot of XXX in my country
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don ' t worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang. .si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata American tadi... "Don ' t worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,
"DON ' T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"
Otak seorang mat Rempit
Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."
Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya ' Allah pun pak cik tak sebut?".
Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".
Thursday, January 31, 2008
kenangan mengusik jiwa...
NI..
Kite membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse... Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron... lagi satu Gaban & Suria Perkasa
Hitam!!!!
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan?? mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...
ingat tak, nurse @ misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist
appointment.
Pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah... ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal...
ni sure korang ingat...program minum susu kt skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...same gak dgn van milo dtg
kt skolah bg air milo free...berulang kali kite beratur gi amik air...
mmm...cikgu2 plak kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna
kuning tu...ingat tk?? Pukul tapak tangan... kan ?
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan,
'TiKam'... bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family
laa dlm class...
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skolah tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kite
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal...pastu semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30sen - 50sen jek kat
kantin...
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani @ PJ. main bola laa,
rounders laa...
permainan kegemaran plak.. main guli, batu seremban, penutup botol,
batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main
kejar2 duduk , teng teng, main getah, baling slipar, konda
kondi.....mmmm..byk lagilah!!!
kite hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen.. ala, yang tube aiskrim ada
byk2 color tu...kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! sedap
tu!!!!
ape lagi...hah, kite lipat kertas kecik2, pastu buat lastik. hmmm..ni
pun kite main dulu ni. ..baling2 kapur laa...
time skolah menengah plak.., korang sure beli kasut skolah Bata BM2000,
BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan
china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
internet? email? Menda alah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.
hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...
hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah rendah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal
cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...
HEHEHEHE............... WASSALAM...
Fenomena Kena Tindih
Message: Just to share... aku baca segmen pengalaman
menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang
dok citer pasal pengalaman kena tindih
ni.......betulker kena tindih disebabkan gangguan
makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh
gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat
kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk
hitam dan sebagainyer) .....
Kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah
kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena
'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla
dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh
bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi
takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh
gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu
pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh
gerak tu seram sejuk jer...
Tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh
badan manusia..... barula aku tau kebenaran dia....
Ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih
atau nama medical nyer 'sleep paralysis'
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu
tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of
course la paralysis (lumpuh) yang temporary
(sementara)....
Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2
nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun
dari tido (hypnopompic paralysis).
OK, normal badan manusia bila tido, bila masuk
stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye
movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter
gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita
suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off
kejap....REM atonia (tader muscle tone)......
OK, otak kiter pun ader switch off
button....dipanggil reticular activating system
RAS... bila otak dah switch off badan, dia pun
auto switch off RAS ni...so tinggal automatic
function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang
on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...
So, bila kita bangun, RAS switched on
balik......kita sedar fully awake state....tapi
kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh
otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa
tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak
activate balik....mmg menakutkan tapi benar....
Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau
full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu
ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain
lumpuh etc....
Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak
datang skali dengan hallucinations (halusinasi la)
either dalam bentuk auditory (dengar bunyi
pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau
tactile (deria sentuhan, terasa mender
sentuh/hempap dll..)
Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep
paralysis:
1. Tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular
sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la
ni...penat sgt)
4. Stress yang byk kat otak...masalah keluarga,
kewangan bla2
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam
biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung,
kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. Orang yang ader penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu.
Korang lagi hantu sebenornye........tapi kalau
korang yang terutamanaya kaum lelaki tu kalau
celik jer mata tiba2 kena tindih dek bini jangan
la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak
bini..bacalah Alhamdulillah!!!!
hahaha..
Citer b4 n after kawin...
6 minggu: selamat bobok sayang, mimpi indah ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau ah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole eh???!
Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u dulu aje lah, i tak buru2 .
6 bulan: masih lama tak nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!
Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma, i beli murtabak kesukaan u..
6 bulan: trafik jam ah
6 tahun: k..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??
Pulang Keje:
6 minggu: Honey, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??
Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Sayang, i harap u menyukai cincin yang i beli
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..
Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin bbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!!
Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka i, rasa makanan ini begitu lazaattt...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH? LAUK INI LAGI?
Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi eh
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!
Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???
Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH EH? BUANG DUIT JE!
6 minggu : mana ada kuning , kuning keemasanlah
6 bulan : alah mak , gigi tuk hilang seleralah
6 tahun : pegilah , geli geman hilang nafsulah
6 bulan: Apsal belacan ni hangit, momy?
6 tahun: Jelak I hari hari makan sambal belacan!
6 minggu: Kuatnya B kentot. Macam meriam. He!He!He!
6 bulan: Kalu B nak kentot, janganlah kat bilik ni
6 tahun: Ongtua ni dah nak mampus, asyik kentot.
Kenali Diri Anda Melalui Bantal..
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang
tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan
jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang
akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap
kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka
memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuatkeputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu
semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai,
malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat
egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego
6) Tanpa bantal.....dan tak punya bantal langsung
Mereka ni .....gi la beli bantal satu weii !! Kat MAKRO RM3.90 je!!
Wong Ah Beng punya survey
Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihati di pusat2 membeli belah di tanah ayer..
Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.
Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec h ita m mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.
Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya.
Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..
Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya pasat looo..no komen..
Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.
Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka? Tatau apa mau cakap lagi woo..
Wednesday, January 30, 2008
sambutan besday otai i.t ilp muar.....

hahaha... gambar ni diambil semasa menyambut besday tn haji ramlan (yg b'songkok haji) sape yang x kenal???? biar penulis terangkan sket ciri2 orangnyer...
1.garang
2.tegas
3.suka makan ayam K.F.C
4. cari sendiri lah...
walaupun dia ni nmpk macam x ambil peduli pasal kitorang, tapi sebenarnya dia nak mengajar student dia mcm mn suasana kerja yang sebenar,berdikari,tekanan tempat kerja dan len2... semua tu penulis dah rasakan apabila masuk ke alam pekerjaan... dalam garang2 dia nie, sebenarnya menyimpan kasih sayang pada student2 dia(hehehe. jgn marah ekh??)... neway.. thanks tn haji..... penulis bersyukur kerana berkat ilmu dan tunjuk ajar akhirnya penulis dapat kerja yang (bolehla dikatakan selesa..)..
special thanks to:-
Tuan haji Ramlan (big bos i.t) - dia nie x tau nak terangkan macam mana..... klu nak tau dan nak kenal, daftarlah kat ilp muar.....
En. Azrul - dia nie penulis x brape nak pasti perwatakan dia....
En. Al - seorang yang lemah lembut, senang dibawa berbincang, cool, ingat lagi bila time penulis x lulus test teori, kena baca Ayat Kursi untuk repeat balik paper yang gagal tu... bukan senang nak cari pensyarah camni...
En.Rizal - hensem??? bolehla... tapi dah berpunya.... pensyarah yang cool, relax, sempoi.... ( jangan bangga plak??)
En.firdaus - sebelum dia ni insaf, pernah menyertai kumpulan mat2 rempit (tapi dah insaf dan menjadi seorang pensyarah... baru mendirikan rumahtangga.. alhamdulillah)
Cik/Pn Maria - dia nie sporting,tapi tegas..... ok lah......
Cik Azie -dia nie cute,walaupun sekejap jer bersama kami.. xsempat nak ngurat (nasib bek penulis ader no hp dia.. bolehla bertanya khabar
and x lupa pada Cik Su yang penah jemur bebudak ni, termasuk penulis sendiri sebab degil... (1 kos kene jemur tengah panas oooooo...),garang, cepat sangat bad mood, asal nak amik gambar ngan dia mesti dia cepat2 sembunyikan diri.. Cik Su ble nak kawin??? x kan nak membujang sampai tua kot?? hihihihi..
Bakal2 pengganti pasukan Manchester United... hahaha!

ini adalah pasukan futsal yang bakal menggantikan kedudukan david beckham,ronaldo....hihihihi... pasukan yang asyik kalah dalam semua pertandingan yang dianjurkan.. hahaha.. tpi yang seronoknyer semangat kesukanan tu ader dalam diri diorg.... mereka ni adalah sahabat penulis semasa study di ilp muar....
gambar dari kiri:-
wan tompok,tora,pendekar penyu, bergedil,En Rizal, akid..












